Jumaat, 15 Ogos 2008

TEMUDUGA OH TEMUDUGA.........

Assalamualaikum......maaflah sejak dah create blog x ada catatn baru yang dibuat... sebab saya sebok menyiapkan diri untuk temuduga N27 semalam......... Alhamdulilllah dah selesaaya kei semalam........semuanya berjalan lancar.. Insyallah kalau ada rezeki adalah..... Terima kasih buat suami tercinta yang sanggup bercuti mengiringi saya........


Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya apabila mendapat surat panggilan....... Kalau boleh nak melompat tatkala itu tapi takut makin dibenci orang.................. Ini kali 3 peluang dipanggil. Kali pertama dulu surat lambat sampai ... Kalau x silap tahun 2004....masa tu di Putrajaya.. Kali kedua tahun 2005... terlepas juga , surat dihantar ke alamat lama .... Bukan rezeki mungkin... tapi ada juga hikmahnya... Setahun selepas itu dapat baby..........GIRL.. Nanti saya cerita tentang Puteri Tunggal Saya ya..........



Oh ya... Persediaan saya.... Saya banyak tanya kwn2 yg dah pernah pergi dahulu, mak dik dan cari maklumat di Internet.... Dasar Kerajaan,PKPA, Isu semasa yang saya beri perhatian.............. Dalam masa seminggu saya berbincang dan berdebat dengan suami . Bukan apa dengan cara 2 barulah boleh ingat......Almaklumlah urat dah 4 kali putus..........

Kalau nak tahu atas katil penuh BUKU..... Suamilah yang banyak tolong kemaskan.... THANX SAYANG...... mula2 semangat nak sangat berjaya bukan apa nak rasa juga jadi pegawai mungkin orang bagi respect kut............... tapi sebenarnya bukan apa nak keluar dari Jabatan sekarang.. Bukan x bagus jabatan ini tapi...saje nak cari pengalaman baru..... Nanti saya ceritakan tentang Jabatan saya ini yang banyak kenagan pahit manis saya disini........

ha..... tiba hari temuduga .....saya tension giler sebarnya keep controlllll depan suami..... Nanti over pulakkan...... Tapikan saya lihat dia yang over confident...... Sanggup pegang beg tangan . Sampai kat SPA tension pulak tengok muka urusetia dia .....TAK MESRA ALAM... Kita dah lah tension dia pulak tunjuk muka garang......... lagilah tension......Nama diapun tak sempat nak aik tahu........
Nak dijadikan crt kat situ ada 3 bilik temuduga , Bilik 1 dan Bilik 2 Untuk N27. Bilik 3 utk J41... Saya kena kat bilik 2 lps giliran no 5... dan bilik 3 giliran no 5 namanya pun NORAFIZAH... beza Z dan S aje.... Bila urusetia serentak pulak 2... Kami masing-masing tertawa sebab salah meja urusetia.............
Itulah peristiwa lucu.... Tapikan calon 2 lain yang kena kat bilik yg sama semua sporting. Kami masing2 wat persediaan terakhir dengan berbincang... Ada juga yang siap bawa Buku Perintah Am ... Ada yang menghafal semacam aje... Macam-macam ada...........Calon yang no 3 n 4 very sporting. X lokek ilmu... Dia bagi tau penemuduga tu ok... jgn takut.. tapi aku yakin soalan x sama.... Bila tiba giliran saya YA ALLAH !!! hanya engkau sahaj yang tahu....
Didalam... Ha..... Bila ah ketuk pintu ... Alhamdulililah tengok sahaja Datuk dan Tuan penemuduga hati jadi sejuk sebab wajah mereka tenang n senyum aje....... BETUL... Nama dia x perasan pulak....
Soalan dia... Biasalah mula suruh perkenalkan diri .. Lepas 2 dia tanya pasal dasar2 kerajaan yang kita tahu. Adalah 3 yang saya sebut lepas2 dia suruh saya teragkan salah satu dasar yang saya tahu.. Saya pun bgtaulah PIN.....Lah dia kata ok awak dah hafal ya........ mm saya tanya lain.....Masyallah.. Dia tanya suami kerja kat mana? Bila dia tahuje Imigresen.. Ha dia tau nak tanya apa...... Dia tanya psal BPR...
Brmulalah saya bg pendapat... ... Saya bgtau itu salah satu drp integriti kerajaan bagi mngurangkan gejala rasuah .... Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan menanganinya... Dia tanya apa yang ada x kena... Lah terfikir juga saya .. Tapi tiba -tiba saya jawab... Yang x kenanya BPR hanya menumpukan kepada pegawai awam... Bila pegawai awam ditangkap.. beritanya muka hadapan... secara x langsung ianya jaga akan menjejaskan imej perkhidmatan awam... Dia setuju... lepas 2 saya terus ckp dulu pegawai bahawan yang diberi tumpuan tapi sekarang ni... pegawai atasan pulak yang diberi perhatian... Dia setuju lagi...
Laps 2 dia pas pulak pada wakil JPA.. saya dah agak mesi dia nak tanya psl perkara yang saya dah pergi kursus...... sebab sempat juga saya jeling dia asyik lihat sijil2 yang saya bagi aje... Betul........dia tanya passistal sistem fail di Jabatan sekarang. Antara arahan dan amalan. Dia nak penjelasan....... sayapun bagi tau sekarang amalan bertentangan dengan arahan. Kalu ikut arkib, surat x boleh di catat apa2 catatn mesti pd minit... tapi sekarang ni surat berjalan... Fail tidak.... Dia tanya ok kalau begitu mcm mana nak perbaikinya... Sya bagitaulah secara berperingkat... Kita terangkan pekeliling dan panduan yang dinyatakan oleh ARKIB.. Daia kata lagi memanglah orang bawah boleh ikut arahan bagaimana dengan orang atas? Saya pun bagtau biasalah orang atas agak lambat hendak terima pembaharuan lama2 mereka akur juga nanti... Dia senyum.......Xtaulah di setuju atau tidak.ok solan kedua pasal PKPA... Ni Pejabat Khidmat pelanggan...... Bolehlah sebab saya ada terbaca juga... Dia tanya psl ciri22 yang dikehendaki.. Laju saya jawab ... ada kaunter, ada pegawai, disediakan telefon... jika ada borang ad borang, peti cadangan... Saya bgtaulah yag npegawai yg disitu wajib tahu tentang fungsi sebenarnya Jabatan berkenaan... Saya bagitau ini juga langkah kerajaan untuk menangani birokrasi dan menambahbaikkan sistem penyampaian kerajaan.. Dia kata peti cadangan x ada fungsi.. apa pandangan saya... Sayapun jwblah sepaptutnya ia menjadi bahan maklumat bg sesebuah Jabatan itu dariupada pelanggannya. Kita harus sediakan satu format yang ringkas tapi x blh lari dari garis panduan yg ditetapkan.. Tanggungjawab pegawai Khidmat pelanggan tersebut yang memastikan borang dilengkapkan oleh pelanggan dan perlu ada target. Kemudian dr maklumbalas tesebut barulah dpt di anali sa untuk memperbaiki Jabatan tersebut.... CONFIDENT GILER saya jwb.. Respon dia ok.... saya setuju... Dia pas balik pada Datuk kat sebelah... Now Speaking English pulak. Dia suruh terangkan apa tugas saya sekarang di dalam Bahasa Inggeris...... Adalah 3 rangkap saya sempat cakao..Dia faham kut sebab dia tanya pasal graduii bagaimana pengiraanya .. Oh saya jawablah.... Alright....
x abis lagi .... dia nak juga tanya lagi.. Ha kali ni sya kena tanya pasal JASA .. Orang JASA mesti tau pasal isu semasa sempat juga saya nyampuk saya bagi tahu kdg2 maklumat sulit. saya di bhg pentadbiran x sama.... Dia senyum... .. Ha Mcm Mana nak terangkan pada rakyat harga minyak dah naik Saya bagi tau ini isu global. Dia taulah tapi rakyat x tahu saya terangkanlah psl subsidi yang terlalu embebankan.. Kerajaan terpaksa bg subsidi lain.. contonya pendidkan. sekarang semua percuma dia kata itu kalau ada anak ..... sekolah. mcm dia xda anak mcm mana x adillah. Saya ckplah psl saya ada terbaca di dlm akhbar tentang menteri kewangan bgtau kisah 3 anak yang berbeza,,,, Dia masih x puas hati... dia kata saya x jawb.. Last2 dia bg Kan kerajaan bagi rebet .......ALAH terlupa pulak saya.... Saya pun akuilah dan minta maaf x terfikir sebab dah mcm2 kena tanya.... Dia senyum... Las2 dia tanya ada pa lagi........
Saya pun teringatkata kak nuripah.... Saya bagtau saya saya berharap saya mendapat jawatan ini sebab saya rasa saya dah layak kerna cukup syarat, lulus periksa, kedua saya bgtau saya dan lama berkhidmat hampir 18 tahun.... Dia terperanjat kerana saya masih N17.. S
mcm kesian dia tengok saya.. Ketiga saya x kisah ditempatkan dimana2 sbb saya dah bekerja di 3 Jabatan berlaian n 3 negeri berbeza... Dia kata ya dia tau sebab itu di a x tanya sanggupke ditukarkan........... Last2 dia suruh saya byk2 berdoa dan akan mempertimbangngkan saya bersama calon2 lain... Oklah saya ucapkan terima kasih n saya keluar dengan penuh kelegaan dan puas hati....... Sata REDHA apa sahaj keputusannya dan sesungguhnya ada rahmat di sebaliknya...
Saya nakkongsi dengan pembaca sekelian... Jika kita membaca untuk ditemuduga x sama dengan cara kita membaca utk exam... Temuduga biar faham exam boleh hafal...

Tiada ulasan: